Thomas: Masalah rambut rosak yang sering dihadapi oleh orang ramai ialah rambut tidak lagi berkilauan, kering, kusut dan sukar diurus. Bagaimanapun, prinsip yang sudah lama saya pegang untuk menguji tahap kesegaran rambut adalah dengan meletakkan helaian rambut di dalam bekas kaca. Sekiranya rambut tersebut terapung ia bermakna rambut anda sihat, manakala jika ia jatuh hingga ke tapak bekas kaca, ini bermakna rambut anda memerlukan rawatan segera.
Apakah punca sebenar rambut mudah rosak?
Thomas: Ramai yang tidak mengetahui punca rambut rosak terbahagi kepada dua kategori iaitu mekanikal dan larutan kimia. Biasanya mereka yang kerap menggunakan pengering rambut atau alat meluruskan rambut akan mudah terdedah kepada faktor kerosakan rambut.
Selain itu, penggunaan pewarna rambut yang mempunyai bahan kimia berlebihan boleh mengakibatkan rambut mudah gugur. Dalam pada itu, bahan kimia yang digunakan untuk membuat fesyen rambut kerinting merupakan salah satu puncanya.
Apakah jalan penyelesaian mudah dan praktikal untuk mengatasi masalah rambut rosak?
Thomas: Saya menumpukan segenap tenaga dan emosi kepada isu rambut agar, mahkota itu tampak sihat berseri, bukannya menutup masalah itu dengan kaedah dandanan yang menelan belanja tinggi.
Bagi saya, Sunsilk Co-Creations adalah sebahagian daripada komitmen dan kesungguhan untuk kesihatan rambut menawan yang boleh dilakukan di rumah sahaja.
Pemilihan syampu amat penting dan perlu dilihat siapakah pakar rambut yang bekerjasama dengan jenama tersebut. Petua dan teknik untuk memiliki rambut yang sempurna patut diketahui oleh semua bukan segelintir mereka yang bernasib baik.
Apakah pandangan anda tentang projek Sunsilk?
Saya sebenarnya tidak berminat untuk terlibat dalam sesuatu perkara yang mana sekadar meletakkan nama saya sahaja di atas produk tersebut. Dengan Sunsilk saya membenarkan nama saya tertera kerana saya turut terlibat dalam proses pembuatan bermula daripada formula, tekstur sehingga ke pembungkusan.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA