22 Tips Untuk Kekal Bercinta ♥
Wednesday, June 2, 2010 | 10:00 PM | 3 comments
1. Jaga penampilan diri, kerana persepsi pertama adalah sangat penting & jangan tonjolkan keburukkan kamu pada awal pertemuan.
2. Ikhlas dalam memulakan perhubungan, jangan malu untuk jadi diri kamu sendiri, bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain.
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
4. Sentiasa berfikiran positif, datang untuk bertemu si dia dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga, dengan berfikiran positif kamu lebih mudah menerima seseorang.
5. Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (Saya tidak suka). lebih baik bercerita tentang kesukaan masing-masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya suka).
6. Pada pertemuan pertama, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, dan sebagainya. Si dia tidak datang untuk berasa sedih, maka gembirakanlah Si dia.
7. Jangan kedekut dengan kata pujian, berikan pujian seikhlas hati kamu tapi jangan sampai berlebih-lebih.
8. Tunjukkan yang kamu mengambil berat terhadap pasangan kamu, tolong dalam perkara - perkara kecil seperti mengangkat beg, membuka pintu. Ini menunjukkan yang kamu prihatin.
9. Jangan bersikap sombong, sebaliknya jangan abaikan unsur humor.
10. JIka pasangan kamu melakukan kesalahan, beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, jangan sampai kamu yang malu sendiri.
11. Apabila anda melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya.
12. Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Ketika membincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersurat. Lebih baik berterus-terang supaya pasangan kamu faham akan perkara yang hendak diSampaikan. Tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapa.
13. Jangan terlalu menunjukkan yang kamu adalah sangat baik & sempurna. Lebih baik bersikap merendah diri.
14. Jangan sekali-kali membandingkan pasangan kamu dengan orang lain, terutamanya, bekas kekasih mahupun kawan-Kawan baik kamu, seolah-olah kamu lebih mementingkan mereka.
15. Semua orang mempunyai ego. Hormati ego pasangan kamu dan jangan merendahkan ego pasangan kamu. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
16. Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani pasangan yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi ingat! Jangan menabur janji.
17. Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya, ditinggalkan dengan alasan (Lupakan saja). Suatu hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.
18. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
19. Gunakan ganti nama yang mesra. Panggil dia dengan nama yang lain daripada yang orang gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
20. Pasangan kamu juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
21. Ajaklah pasangan kamu melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kamu.
22. Dekati hobi pasangan kamu , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan kerana mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA