Cukup menakutkan apabila parasit halus menjadikan tubuh manusia sebagai perumah tanpa kita disedari.
Jika dahulu masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait dan cacing benang kini jangkitan protozoa juga tidak harus dipandang ringan.
Malah, bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit daripada pelbagai jenis terutama protozoa menjadikan keadaan lebih serius.
Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan berkaitan parasit yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.
“Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti parasit usus adalah agak tinggi,” katanya.
Protozoa pembunuh
Infeksi protozoa terhadap golongan yang mempunyai sistem imun badan lemah dikenali melalui simptom cirit-birit berpanjangan, hilang selera makan dan turun berat badan.
Protozoa usus daripada jenis koksidia seperti Cryptosporidium parvum dan Isospora belli serta kumpulan mikrosporida usus menjadi penyebab utama cirit-birit berpanjangan.
Secara amnya, infeksi parasit usus sering ditemui dalam masyarakat namun penghidapnya tidak mempunyai gejala yang jelas. Oleh itu, kes-kes jangkitan ini jarang dikesan di pusat kesihatan dan hospital.
Keadaan ini amat berbeza dengan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus seperti H1N1, di mana pesakit menunjukkan gejala. Infeksi ini melibatkan protozoa dan cacing tularan tanah (STH).
Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus jangkitan usus ini menular secara senyap kerana tiada gejala khusus.
Meskipun Malaysia merupakan negara membangun, masalah jangkitan parasit usus masih membelenggu penduduk di beberapa kawasan.
Disebabkan sebarang parasit ini menular melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis manusia, taburan penyakit lebih banyak ditemui di kalangan penduduk yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pembuangan najis yang baik serta bekalan air bersih seperti air sungai.
SELAIN usus besar, hati, limpa dan paru-paru sering menjadi perumah parasit jangkitan usus.
Ganggu tumbesaran
Infeksi protozoa usus terutama Giardia intestinalis boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak.
Terdapat beberapa mekanisme bagaimana parasit usus menyebabkan mulnutrisi terhadap kanak-kanak malah golongan dewasa.
Selain mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, pesakit juga akan mengalami ciri-birit yang kronik, muntah dan sakit di bahagian abdomen.
Kesan-kesan ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembagan fizikal dan mental kanak-kanak terbantut.
PROTOZOA Giardia lambliacysts di bawah mikroskop.
Dalam pada itu, kawalan dan pencegahan infeksi parasit usus mungkin memerlukan pendekatan yang baru kerana kajian terbaru membuktikan sumber infeksi protozoa spesies Giardia intestinalis bukan saja daripada manusia ke manusia tetapi melalui anjing dan roden.
Walaupun jangkitan parasit usus ini mempunyai kadar kematian yang rendah dan jarang diperkatakan umum, kawalan dan pencegahan harus dipertingkatkan kerana ia mampu mengganggu kualiti hidup seseorang.
Facebook | Tumblr | Twitter
Hello,I'm Nurul Afiqah Nabilah. 23 years old.Student Bachelor of Accountancy,UPM.I ♥♥ to buying stuffs especially girls things. sweett♥♥
Navigation
Cakap_Cakap
The Webmaster
I don't express my feeling well.
Can be quite shy too ^?^ .
I have a very Hot-temper and
I rely on my friends a lot.
Doesn't talk a lot.
I don't have a lot of things to say, I listen and nod.
There's nothing I know much.
I ♥♥ taking photos and my DSLR too.
WishLIST
Complete 50DAY diet plan
Drop body fat by the end of 2013
2nd Dean
high confidence level
Polaroid One Step Rainbow
Ipod Apple
external
Speedlight SB-700
50mm Nikon Lens
Mini Cooper Clubman
Blog Best.
heyy! I ♥♥ blogwalking too, why? why? because there have many information
for me to read them or something can guide me into my life. ohh my! I'm so adorable with them :