Renungan : Akibat terlalu dekat
Tuesday, July 13, 2010 | 11:23 AM | 6 comments
Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tanganya.''Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?'' katanya pelanggan itu menunjukkan gengamannya.
''Cuba berikan aku bayangan,'' pinta penjual telur.
''Benda ini bentuknya seperti telur,'' ujar pelanggan.
''Lagi?''
''Warnanya seperti telur.''
''Lagi?'' rayu penjual telur lagi. Penjual tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata: ''Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal.''
Penjual telur itu masih terpinga-pinga. ''Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir.''
''Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!''
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: ''Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!''
Pelanggan menggeleng-gelengkan kepala. Lantas membuka gengamannya. Ya, hanya sebiji telur...apalagi?
p/s : manusia sering menjadi 'buta' dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh tetapi kerana terlalu dekat.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA