Renungan : Kias Tanpa ilmu
Tuesday, July 27, 2010 | 7:06 PM | 0 comments
''Pergi ke kedai dan belikan terung,'' pinta seorang guru pondok kepada anak muridnya.''Dan apabila pulang, campakkan ke tingkap dapur rumah saya. Nanti isteri saya akan mengambilnya untuk memasak makanan tengah hari ini,'' tambah guru itu lagi.
Anak muridnya pun segera berlari ke kedai berhampiran dan setelah membeli terung yang dimaksudkan dia terus ke rumah gurunya dan membalingnya menerusi tingkap.
Esoknya, guru itu berkata lagi kepada murid yang sama, ''Pergi ke kedai dan belikan ikan kering. Kita masak gulai ikan kering tengah hari ini. Kamu campakkan ke tingkap rumah saya seperti biasa. Nanti apabila isteri saya pulang daripada mengajar dia akan memasaknya.''
Murid yang taat itu pun segera ke kedai dan menunaikan suruhan gurunya.
Hari ketiga. Gurunya berkata, ''Hari ini kita makan gulai lemak telur. Kamu pergi ke kedai dan belikan sepuluh biji telur.''
Tanpa berlengah-lengah murid itu terus ke kedai membeli telur. Apabila sampi di tepi tingkap rumah gurunya, tanpa berfikir lagi dia terus mencampakkan telur yang dibelinya. Kias sahaja ikut perintah gurunya seperti hari-hari sebelumnya.
p/s : mengikut tanpa berfikir akan menghilangkan rasional akal. Sedangkan rasional akal itu perlu untuk membina kesucian hati. Bukankah kewujudan dan keagungan Allah itu ditanam ke lubuk hati melalui seruan berfikir dan merenung alam ciptaan-Nya dengan akal fikiran?
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA