Seorang pekerja di kilang makanan sejuk beku telah terperangkap tanpa tersengaja dalam sebuah bilik sejuk beku. Puas dicuba untuk membuka pintu bilik sejuk itu, tetapi tidak berdaya. Dia menjerit, tidak ada siapa yang mendengarnya.
Kedinginan mula menyerap ke dalam tubuhnya. Dia begitu takut dan bimbang. Siapa yang akan menyelamatkannya?
Setelah ditunggu beberapa lama, tidak ada sesiapa pun yang datang. Kali ini pekerja itu benar-benar berputus asa. Dalam hatinya terdetik, kali ini matilah aku.
Dirasakannya kedinginan bilik itu semakin mengigit hingga ke tulang. Setelah berasa yakin tidak ada siapa yang datang, pekerja itu mengeluarkan sekeping nota dan dia mula menulis.....surat wasiat!
Dalam surat wasiat itu dengan sedih dia berpesan dan memberi amanat kepada isteri dan anak-anaknya. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan apa sahaja yang dirasakannya saat itu, termasuk sejuk menggigil yang mencengkam sampai ke tulang.
Keesokan harinya, apabila pintu bilik sejuk itu dibuka oleh beberapa pekerja yang lain, mereka terkejut melihat sekujur mayat terbujur kaku dengan surat wasiat di tangan. Dan mereka lebih terkejut, bagaimana pekerja itu boleh mati? Kerana kesejukan? Tidak, kerana bilik sejuk itu tidaklah sedingin mana. Suis penghawa dingin di bilik itu sejak semalam telah dimatikan!
p/s : putus asa menyebabkan ramai manusia mati sebelum mati. malah ada yang mati berkali-kali sebelum mati yang sebenar. hiduplah selagi hidup. berusahalah dan berjuanglah berbekalkan satu harapan. Keep hope alive!
Facebook | Tumblr | Twitter
Hello,I'm Nurul Afiqah Nabilah. 23 years old.Student Bachelor of Accountancy,UPM.I ♥♥ to buying stuffs especially girls things. sweett♥♥
Navigation
Cakap_Cakap
The Webmaster
I don't express my feeling well.
Can be quite shy too ^?^ .
I have a very Hot-temper and
I rely on my friends a lot.
Doesn't talk a lot.
I don't have a lot of things to say, I listen and nod.
There's nothing I know much.
I ♥♥ taking photos and my DSLR too.
WishLIST
Complete 50DAY diet plan
Drop body fat by the end of 2013
2nd Dean
high confidence level
Polaroid One Step Rainbow
Ipod Apple
external
Speedlight SB-700
50mm Nikon Lens
Mini Cooper Clubman
Blog Best.
heyy! I ♥♥ blogwalking too, why? why? because there have many information
for me to read them or something can guide me into my life. ohh my! I'm so adorable with them :