Apakah Allah terima Taubatku ?
Wednesday, August 11, 2010 | 8:10 PM | 0 comments
Kamu lakukan dosa kerana kejahilan,
lalu segera bertaubat . . .
Firman Allah, maksunya : ''Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'' (Surah al-Nisa' 4: 17)
Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu
insaf dan berusaha memperbaiki diri . . .
Firman Allah, maksudnya : ''Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya.'' (Surah al-Nisa 4: 16)
Firman Allah, maksudnya : ''Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.'' (Surah al-Syura 42: 25)
DIA memaafkan kesalahan siapa sahaja yang
dikehendaki-Nya . . .
dikehendaki-Nya . . .
Firman Allah, maksudnya : ''Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.'' (Surah al-Tawbah 9: 15)
p/s : semoga di bulan yang mulia ini kita sentiasa mengabadikan diri kita terhadap Allah s.w.t, sesungguhnya ganjaran yang diperolehi berlipat kali ganda kalinya :)
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA