Diam bukan Bererti Kalah
Saturday, August 14, 2010 | 6:47 AM | 4 comments
Bagaimana kita berhadapan dengan suasana tegang atau panas dengan kawan-kawan ?
Islam menyukai jika seseorang itu mengambil langkah untuk berdiam.
Diam bukan ertinya kalah.
Mengalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun kita dalam keadaan benar.
Fahamilah bahawa Allah s.w.t melarang jika menggunakan kata-kata berunsur menghina atau mengejek kepada orang lain. Misalnya ''pengecut'' atau ''bodoh''. Istilah sedemikian boleh membangkitkan kemarahan orang lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
''Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Taala ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah''
Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu tentang soal menjaga lidah ini terutama sekali dalam bulan Ramadhan. Seperti yang kita ketahui, berpuasa bukan sahaja berpuasa dari makan dan minum malah seluruh tubuh badan kita juga hendaklah turut berpuasa. Jika tidak, ibadah puasa yang kita kerjakan adalah sia-sia dan hanya la sekadar lapar dan dahaga sahaja. Rugikan?
- berkata-kata yang tidak berfaedah.
- berlebih-lebihan apabila bercakap.
- suka bercakap dengan batil.
- banyak memaki hamun.
- suka bertengkar.
- mencari-cari kesalahan orang lain.
- suka mengumpat.
- bergurau secara berlebihan.
- suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
- bersumpah palsu.
- memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
''Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya.'' (Riwayat al-Tarmizi)
Oleh sebab itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi dan maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapannya, maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar kata-katanya, maka kasarlah keperibadiannya.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA