Fadhilat Berpuasa di Bulan Ramadhan
Thursday, August 12, 2010 | 6:17 PM | 2 comments
- Pengampunan Dosa.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759)
Maksud “Penuh iman dan Ihtisab” di sini adalah membenarkan wajibnya puasa, mengharapkan pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, dan tidak merasa berat dalam mengamalkannya.
Dari Abi Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
“Solat yang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara ruang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233)
Dari Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah naik mimbar kemudian berkata:
“Amin, Amin, Amin”, ditanyakan kepadanya:”Ya Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam: Engkau naik mimbar kemudian mengucapkan: Amin, Amin, Amin? Beliau bersabda:
“Sesungguhnya Jibril ‘alaihissalam datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”, maka akupun mengucapkan : Amin……”. (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah (3/192), Ahmad (2/246 dan 254) dan al-Baihaqi (4/204) dari jalan Abu Hurairah. Hadis ini sahih, asalnya terdapat dalam “Sahih Muslim” (4/1978)
2. Dikabulkannya doa dan pembebasan dari api neraka.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdoa akan dikabulkan doanya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan lain, hadits sahih. Do'a yang dikabulkan itu adalah ketika berbuka - lihat “Misbahuh Azzujajah” (no. 604) karya al-Bushiri)
3. Orang yang berpuasa termasuk shidiqin dan syuhada.
Dari Amr bin Murrah al-Juhani r.a berkata : Datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w kemudian berkata:
“Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak untuk diibadahi kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah s.a.w, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku melaksanakan puasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku? Beliau menjawab: “Termasuk dari shidiqin dan syuhada”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (no. 11 di dalam Zawaidnya) sanadnya sahih)
p/s : Ya Allah, ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan untuk aku mengambil segala kebaikan-kebaikan yang telah Engkau turunkan di bulan yang mulia ini.AMIN!
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA