Hadis Kursi : Keutamaan Berdoa
Tuesday, August 24, 2010 | 1:20 PM | 0 comments
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
''Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, ''Sesiapa yang berdoa kepada-ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-ku maka Aku akan memenihinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'' (Riwayat al-Bukhari no. 1094, Muslim no. 1808, Abu Daud no. 1317 dan lain-lain)
Allah memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?
1. Doa ibu bapa kepada anak-anak. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
''Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.'' (Riwayat Abu Daud no. 1536, al-Tarmizi no. 3448 dan Ibn Majah no. 3862)
2. Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa.
Rasulullah s.a.w bersabda tentang Uwais bin 'Amir : ''Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah s.w.t akan memakbulkan.'' (Riwayat Muslim no. 2543 dan Ahmad no. 2025)
3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud : ''Atau sesiapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan serta menjadikan maku pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu.'' (Riwayat al-Bukhari no. 1395)
4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan.
Ummu Darda' r.ha. meriwayatkab bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ''Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya : Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu.'' (Riwayat Muslim no. 2732)
5. Doa orang yang sedang dalam musafir.
6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ''Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.'' (Riwayat al-Tarmizi no. 3598 dan Ibn no. 1752)
7. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA