Jangan Biasakan
Wednesday, August 18, 2010 | 1:43 PM | 8 comments
1. Tidur selepas sahur.Bersahur itu memang dituntut. Bangunlah bersahur untuk mendapatkan keberkatannya. Namun selepas bersahur, ada yang menyambung tidur, terutamanya hari cuti sekolah. Alangkah baiknya jika selepas sahur, sementara masuk waktu Subuh, kita diajak membaca sehelai dua muka al-Quran, membaca buku atau menyiapkan diri untuk ke sekolah lebih awal.
2. Membuang masa.
Seorang penjual mengatakan jualan permainan cakera padat (CD games) amat laris pada bulan Ramadhan. Mungkin ramai ibu bapa yang membeli untuk anak-anak yang mengelat atau liat berpuasa. Alasannya supaya anak-anak leka dan tidak mengadu lapar sepanjang berpuasa.
Apakah cara ini betul? Tidak, ia juga termasuk dalam kategori membuang masa kerana melalaikan daripada mengingati Allah s.w.t.
3. Bulan untuk jadi orang baik.
Bulan puasa ialah bulan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Oleh sebab itu, apa sahaja kebaikan yang ingin kita buat, mestilah kerana Allah s.w.t bukan sebab niat yang lain. Namun ada orang membuat perubahan baik hanya pada bulan Ramadhan sahaja.
Misalnya menutup aurat dan mengerjakan solat, walhal sebelumnya dia tidak pernah berbuat demikian. Ini adalah salah kerana tidak kira dalam bulan apa sekalipun kita wajib mengikut perintah Allah s.w.t dan tinggalkan yang mungkar.
4. Bertarawih.
Semarakkan Ramadhan dengan bertarawih di surau atau masjid. Jangan hanya menyerbu hidangan yang disediakan selepas tawarih sahaja kerana nanti datang ke surau bukan untuk beribadah, sebaliknya untuk berpesta makan.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA