Kelebihan Aktiviti dalam Bulan Ramadhan
Monday, August 16, 2010 | 8:42 PM | 2 comments
Sedar atau tidak bahawa dalam bulan Ramadhan inilah kita mendapat banyak kelebihan yang susah kita dapati dalam bulan-bulan lain antaranya :
- Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.
- Peluang membaca al-Quran waktu tengah hari atau malam sebelum tidur.
- Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka.
- Solat Terawih dan Witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga.
- Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka.
- Menguji ketabahan ketika bangun awal pagi untuk makan sahur.
- Bertadarus al-Quran dengan matlamat mengkhatam al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun.
- Menanti-nanti kemunculan malam Lailatulqadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan.
- Menyertai iktikaf dan qiamullail di masjid terutama pada 10 malam terakhir.
- Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA