Renungan : Ego Si Katak
Thursday, August 12, 2010 | 11:06 PM | 2 comments
Kemungkinan besar segelintir kamu dah pernah dengar cerita ini, akan tetapi sedarkah anda tentang pesanan dan pengajaran yang terselit disebalik cerita ini? Adakah kamu kembali berfikir dengan sedalam-dalamnya? atau sekadar cerita semata-mata?
Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap.
''Ayah, saya baru pulang daripada bermain di sawah pado, Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau... ''
''Ah, apa nak dihairankan?'' kata bapa katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat kerbau.
''Kerbau itu sangat besar ayah...''
''Ah, ada sebesar ini?'' tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.
''Tak ayah, lebih besar lagi.''
''Ada sebesar ini?'' kata bapa katak membesarkan lagi perutnya.
Anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak bertambah geram dan marah.
''Ada sebesar ini?'' Perutnya menjadi sangat besar sehingga nafasnya tercungap-cungap. Anak katak terus menidakkannya. Perut bapa katak dikembungkan lagi. Begitulah berlaku berulang-ulang kali hingga...
Pop! Perut bapa katak meletup. Bapa katak pun mati. Anaknya kebingungan, mengapa ayahnya sanggup mati hanya kerana hendak menandingi ''kebesaran'' seekor kerbau.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA