Tips Agar Terjaga daripada Godaan Syaitan
Sunday, August 8, 2010 | 2:42 PM | 0 comments
- Beristi'azah (memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan) iaitu dengan membaca ''Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah.'' (Surah al-A'raf 7 : 200)
- Membaca 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
- Membaca ayat Kursi sebelum tidur.
- Membaca surah al-Baqarah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ''Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang membacakan surah al-Baqarah di dalamnya.'' (Riwayat Muslim)
- Membaca dua ayat yang terakhir daripada surah al-Baqarah setiap malam.
- Membaca zikir : ''Tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya jua segala kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.''
- Banyak mengingati Allah (zikir).
- Berwuduk dan melakukan solat.
- Menahan diri daripada melihat, berbicara, makan dan bergaul yang melampaui had dan batas kerana syaitan dapat menguasai manusia melalui 4 perkara iaitu pandangan, ucapan, makanan dan pergaulan.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA