Bahagian I : Lailatulqadar Kemuncak Pesta Ibadah
Sunday, September 5, 2010 | 6:17 AM | 0 comments
Salman r.a. menceritakan , ''Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami pada hari terakhir bulan Syaaban yang bermaksud :
''Wahai manusia! telah datang kepada kamu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulanyang terdapat dalamnya seribu bulan...'' (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya)
Demikianlah, bagaimana Rasulullah s.a.w menyediakan jiwa para sahabat untuk menyambut bulan rahmat dan penuh berkat ini. Dinyatakan melalui riwayat ini,bahawa Rasulullah s.a.w menyampaikan targhib mengenai failat Ramadhan ini pada hujung bulan Syaaban. Ini bagi memastikan tidak ada satu detik pun daripada bulan Ramadhan akan berlalu sia-sia tanpa dimanfaatkan.
Betapa ruginya sesiapa yang mensia-siakan kunjungan yang mulia ini kerana bersama-sama Ramadhan ini datangnya lailatulqadar (malam kemuliaan). Satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Sungguh bertuah mereka yang mendapat taufik untuk beribadah pada malam itu. Hanya satu malam al-Qadar ini! Keuntungan dan fadilatnya menyamai kebaikan selama 83 tahun 4 bulan. Fadilat ini telah diberitakan sendiri oleh Allah, Pencipta seluruh alam.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
''Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar, dan apa jalanya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar.'' (Surah al-Qadar 97 : 1-5)
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA