Langkah-Langkah penjagaan kulit bagi remaja
Tuesday, September 21, 2010 | 8:04 PM | 2 comments
1. Membersihkan kulit dengan..
- Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya kamu berpeluh dengan banyak.
- Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
- Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering.
- Guna sabun/pencuci yang melembutkan (mild) jika kamu mempunyai kulit kering.
- Bagi kulit sensitif, elakkan sabin/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.
2. Gunakan pelembap selepas mandi.
- Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering.
- Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap.
3. Gunakan toner.
- Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika kamu mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya.
4. Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata.
- Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.
5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari.
- Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu.
- Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang.
6. Bersenam.
- Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit.
7. Amalkan memakan makanan.
- Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral.
- Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin.
8. Tidak merokok.
- Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
- Boleh menyebabkan kanser.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA