Tip Panjang umur
Wednesday, December 1, 2010 | 5:31 PM | 0 comments
Assalamualaikum readers,
Entry hari ini eqa nak share pasal tip-tip untuk panjang umur. Aiyoo,mentang-mentang lah umur da masuk 20th ni macam ada kaitan je kan dengan entry ni.hehe. By the way, harap tip ini berguna untuk yang membacanya. Eqa cuma nak share apa yang eqa baca je so sharing is caring right? :)
1. Amal Jariah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
''Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia dan doa anak soleh untuknya.'' (Riwayat Ahmad)
Selain itu Rasulullah s.a.w juga berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai yang dia alirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya kelak ketika dia meninggal dunia kelak." (Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi)
2. Jihad
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati. Bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah 2"154)
Yang dimaksudkan dengan hidup di sini adalah hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah. Dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.
3. Lailatulqadar
Umur umat Muhammad tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan umat-umat sebelum kita. Namun usia yang singkat ini satu rahmat, jika berhasil menemui lailatulqadar. Apa tidaknya, beribadah pada malam tersebut ibarat beribadah seribu tahun. Jadi, hidup kejap tetapi amalan berganda.
4. Elak maksiat
5. Perbanyakkan ketaatan
6. Silaturahim
Orang yang menyambung silaturahim akan panjang usianya. Insya-Allah :)
7. Doa
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t supaya umur kamu dipanjangkan. Bukan dengan lama hidup tetapi dengan kualiti hidup. Apa guna jika hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Apa yang umurnya pendek namun pencapaian memberangsang yang menyamai orang yang telah hidup lama.
8. Berbuat kebaikan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Tidak ditolak qadak kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan." (Riwayat al-Tarmizi no. 2139) Menurut al-Tarmizi, hadis ini hasan gharib.
p/s : semoga tip yang diberikan mendapat manfaat kepada semua pembaca :)
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, PETUA, TIPS