Tips Tangani Bosan
Wednesday, February 9, 2011 | 7:46 PM | 2 comments
Hello readers,
Entry kali ni nak cakap pasal tips pula, rasanya lama dah tak kongsi-kongsi tips ni.
So, adakah sekarang ni kowg rasa bosan?apakah rasa bosan?
Okay, rasa bosan ni timbul apabila kowg jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila kowg tiada apa yang nak dibuat, tak ada apa yang hendak dilakukan ketika masa terluang. AWAS OKAY! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Ada 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika kowg tak tahu apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang kowg rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh kowg lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja. Untuk mengelak rasa bosan, kowg boleh bentuk diri kowg menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika kowg seorang suami, nanti isteri kowg saman kowg sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika kowg seorang isteri, nanti suami kowg makan maggi setiap hari.hehe
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan kowg akan perasan kowg dapat mengelak rasa bosan sebab kowg sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita kowg.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti kowg terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan kowg macam tak mahu berhenti.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, PETUA, TIPS