jangan biarkan peluang keemasan terlepas dan terbiar
Saturday, August 20, 2011 | 9:14 PM | 2 comments
Sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu bagi Baginda menyebut ‘amin’ sebanyak 3 kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut ‘amin’ sebanyak 3 kali ?
Rasulullah menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi :
- Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat keatasnya.
- Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
- Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.
Jangan sia-siakan peluang keemasan di bulan Ramadhan. Setahun sekali, tahun depan belum tentu jumpa lagi.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, RAMADHAN 2011