Pengalaman Pertama
Saturday, November 5, 2011 | 4:01 PM | 2 comments
Hello readers,
Entry kali ini aku nak cerita pasal pengalaman pertama aku naik train. Mesti mereka-mereka berkata jakun kah ? kesian ? dan macam-macam lagi prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang kowg gambarkan. Amboii kau dah cakap macam orang pe sudah, tahu lah semester ni ambil politik kan.
Okay, mengaku sebelum ni tak pernah naik train sebab dekat Kuatan tak ada =="
Seperti yang kowg sedia maklum UPM dekat je dengan KTM dan MINES. Nak pergi sana pun free sebab bus UPM disediakan untuk pergi sana.
PENGALAMAN PERTAMA
Tapi aku dengan roomate & the geng mengada ngada tak nak pergi MINES, shopping complex tu dekat sangat so kami pun pergi lah Midvalley. First kena naik train KTM tu sampai la Midvalley. Memang dekat je murah pun murah juga tapi kau punya sesak tak ingat dunia!
Masa pergi okay lagi, masa nak balik tu kami ingat nak balik pukul 5 tapi sowg dak tu cakap
"ni time orang balik kerja confirm ramai orang, kita balik pukul 9 lah" Okay pukul 9 pun tiba and bila kami turun je bawah tengok tempat nak tunggu train tu YA ALLAH! ni orang ke semut!? nak tak nak redha jela, tapi yang paling bengang sekali time train da sampai orang Cina memang tak ada adap lansung!
Siapa siapa yang pernah naik tu kowg tahu lah kan macam mana ==" Sampai bilik dekat pukul 11 dah, boleh katakan banyak masa habis masa tunggu bus and train je. Sebab itulah aku malas nak keluar even shopping complex dekat. SERIK SERIK.
PENGALAMAN KEDUA
Hari Khamis baru ni aku tak ada kelas so costmate ajak teman dia nak pergi beli tiket dekat Bandar Tasik Selatan, dekat je tapi masalah biasalah tunggu bus UPM dekat setengah jam, sabar jelah ==" Nasib baik lah tak ramai sangat and macam biasa juga lah kena berebut naik train, betul betul mencabar hidup ni. SABAR SABAR
Rupanya baru aku tahu kalau nak balik ke selatan beli je tiket bus kat situ sebab dekat Pudu dah tak ada ke selatan dah. Memang ulu punya orang aku ni.HUHU! tapi senang jela bagi aku nak balik nanti tak payah pergi jauh jauh nak beli tiket, ALHAMDULILLAH :)
PENGALAMAN KETIGA
Kejadian ini berlaku semalam. Sebenarnya mak aku suruh balik beraya rumah makcik aku dekat KL je tapi aku rasa tak best lah raya tak bersama keluarga even pula atok aku tengah sakit lagi :( Dan semalam aku berada dalam dilemma sebab nak balik Jb atau stay dekat KL je.
Ikut kata hati ni nak balik sangat so terus buat last decision nak balik kg tanpa tiket! Kira main redah jela pergi Bandar Tasik Selatan beli tiket time itu juga. Tapi MASYA ALLAH!dekat KTM ramai orang macam pe sudah. Bayangkan aku sampai KTM pukul 12.20 tapi dapat naik train pukul 1.30!! punya lama tak lamanya.
Aku dapat naik train yang ke-3 itu pun sebab hati ni tegar main tolak je orang, tak kira lah terpijak kaki orang ke janji aku dapat masuk, SELFISH! weyyy!kalau diri itu lembut, manja manja, cakap eeeuwww bila terpaksa kena berebut memang kau sampai malam lah tak naik. Aku buat macam tu pun orang ke-2 last naik, badan bertemu badan ni weyy!
Nasib baik lah masuk cottage ladies kalau yang campur sedap lah orang yang dapat rasa tu. Nasib baik tak bawak bag tolak tu kalau tak memang xmasuk lah jawabnya. Memang sakit tulang belakang aku gendong bag sambil berdiri, nasib baik dekat je.
Sampai terminal dengan hati yang tegar ni pergi tanya dekat kaunter ada tak tiket nak balik Johor. Sebab kalau tak ada aku terpaksa lah naik train sampai KL Central balik rumah makcik aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, abang tu cakap "Benut, Pontian, Batu Pahat sold out dik" WHAT!? Kalau balik Jb? ADA! Okay terus aja beli, dah lah bus tu pukul 2. Aku sampai terminal tu pukul 1.45 memang ngam ngam betul. CHANTIK la :)
Dah lah dalam purse ada RM40 lebih je, beli tiket terus tak dapat beli makanan lansung. kelaparan aku dalam bus.HAHA! Nak pergi ambil duit boleh pula machine tu out of service! CIS! sengaja lah tu tak nak bagi aku makan.HUHU!
Sampai JB pukul 6, jalan jammed betul. Pakcik aku yang ambil then terus pergi dinner dekat Pizza Hut. Cuba Pizza Cheezy yang baru tu, dah lah mintak yang regular kalau makan selalu boleh gemuk weyy, semua cheese kan. Rasa nya ? aku tak suka.HAHA! Garlic Pizza is more better for me lah.
Pizza Cheesy 7
My favourite Mocca, best.
Masa balik pakcik aku suruh bawak Persona dia. Masa ikut highway jammed betul, then dah nak sampai rumah dia tanya best tak bawak Persona ni. Jawab aku "tak best" sebab ada kekurangan dia even dia quiet big kot dari Kelisa aku. Sampai dah pukul 10 lebih, dekat sehari kot. Kalau macam ni naik flight jela.HAHA!
Conclusion yang aku dapat, semua yang berlaku ni yang menjadikan pengalaman menarik dalam hidup ini. Hidup kena ada pahit manis nya, kalau manis je memang kena kencing manis lah kau.HAHA!
So, tak semua benda dalam muka bumi ini kita dapat beli dengan duit. Pengalaman hidup susah, berdikari sendiri yang mendewasakan kita jika sebelum ini kita selalu merungut dengan ibu bapa tentang duit, tentang kesusahan yang hanya sedikit je jika nak dibandingkan dengan orang lain kesusahan dia berlipat kali ganda.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kau nak banyak banyak duit bukan boleh bawak mati pun. Alah tak payah cakap mati, time sakit dah boleh tengok kau pakai baju tidue je or baju guess nanti. HAHA!
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA