WORD
Monday, January 9, 2012 | 12:30 PM | 2 comments
Terkelu lidah sebentar bila terbaca sepotong ayat "jangan kamu hitung berapa kali orang menyakiti dan meninggalkanmu, tapi hitung lah berapa kali engkau menyakiti ALLAH dan Dia tidak pernah meninggalkanmu".
Terlintas difikiran, Ya Allah, bertapa alphanya aku dengan perkara yang merunsingkan diri sendiri, bertapa ruginya aku mensia-siakan masa yang Engkau berikan untuk perkara lain ?
Ya, angka 365 hari tahun 2011 menyimpan banyak kenangan terutama sekali masalah yang aku anggap kenapa semua orang tinggalkan aku ? kenapa mereka sakitkan hati aku ? tanpa aku menyedari kesilapan aku sendiri terhadap-Nya.
Mungkin aku kurang jaga perhubungan antara aku dengan Allah s.w.t menyebabkan DIA tidak menjaga hubungan aku dengan orang lain ? Kerap kali ayah bercakap macam ni tapi aku selalu je lupa. Ya Allah semoga tahun 2012 ini memberi satu perubahan yang besar dalam diri aku sendiri dari pelbagai aspek, pimpinlah aku kerna sesungguhnya apa yang berlaku apabila Engkau mengkehendakinya. AMIN!
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, DIARY, DOA