Running.
Sunday, January 27, 2013 | 8:56 PM | 20 comments
Semalam off day. Hari ini terasa malas, terlalu banyak perkara bermain difikiran. Beberapa masalah muncul kembali. Duduk diam sepi. Alone.
Enough is enough. Put away the problem. Sarungkan sahaja baju dan seluar sukan. Sarungkan sahaja kasut sukan purple. Bawa Mp3 player. Start my set Nike+Running. Berlari sepuas hati. Leave everything. Focus on my target. In 2013 I will have my best body ever. Make a choice.
Hati sepi, hanya mampu serahkan pada Yang Esa. Moga itu yang terbaik.
Lasagna
Tuesday, January 22, 2013 | 10:02 PM | 8 comments
Sekian lama tak buat Lasagna, teringin tekak ini. Jadi hari ni buat keputusan nak masak, dengan semangatnya pagi-pagi dah pergi beli barang :
Kepingan lasagna - celur sikit sampai lembut.
Untuk Topping : Mozzarella cheese and Parmesan cheese.
1 Bawang besar (dipotong dadu)
6-7 bawang putih (dipotong dadu)
400g daging cincang
1 tin cendawan butang (dicincang)
serbuk black paper dan serbuk oregano
2 sudu besar sos cili
sos prego
sedikit garam
(Bahan-bahan untuk buat inti daging)
Bahan-bahan untuk sos putih :
2 sudu besar tepung gandum
buttercup (setengah)
cheese cheddar (setengah)
low fat milk/fresh milk/full cream (240ml/600ml) Kalau suka lebih susu boleh letak 600ml.
Cara-cara membuat inti daging :
Masukkan 4sudu besar minyak masak, aku guna minyak zaitun. Tumis bawang yang dicincang sampai naik bau, letak daging cincang, tuang sos prego, sos cili, serbuk black paper, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Gaulkan. Dah siap macam kat bawah ni, pastikan goreng sampai kering kuah kalau tak macam mana nak letak dalam lasagna nanti.
Cara nak buat sos putih :
Cairkan buttercup, masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan gaul sebati. pastikan guna api kecik je. Kemudian masukkan 600ml low fat milk, masukkan cheese cheddar. Kacau sampai keju tu sebati. Masukkan garam dan gaul sampai jadi putih. Kalau nak buat sos ni lebih pun boleh, lagi sedap!
Lepas tu baru boleh lapiskan lasagna. Sama macam buat kuih lapis tu. Lapisan bawah sekali susun kepingan lasagna kemudian inti daging, tuangkan sos putih. Banjir lagi sedap! Tutup sampai hilang pandangan daging tu. Kemudian taburkan cheese Mozella dan Parmesan. Ulang balik cara yang sama. Ikutlah berapa layer nak buat, MAX 3 layer taw.
Kepingan lasagna >> inti daging >> sos putih
Atas sekali taburkan lagi cheese Mozella dan Parmesan. Lagi banyak lagi sedap!!
Kemudian masuk kan dalam oven.
- panaskan dahulu oven dengan suhu 180c.
- bakar dalm 30-40 minit/agak-agak cheese tu dah perang kira masak lah tu.
- guna api atas bawah.
Hasilnya :
Panas-panas terus potong Lasagna ni.
Lasagna ku agak lembik bila dipotong sebab banyak sangat sos putih tu,hihi XD
Tapi nak buat Lasagna ni kena setahun sekali je sebab kos nak buat RM50. Cheese tu agak mahal!Cheese Mozella tu pun dah RM16.50, cheese Parmesan RM5.90. Kira okay buat sendiri daripada dekat kedai baru ciput dah berpuluh. Fuhhh! berbaloi buat sendiri sebab aku suka, cuma on diet so kena makan ikut kuantiti yang sepatutnya, HAHA!! Disebabkan on diet jadi aku kira berapa kalori untuk setiap bahan yang digunakan.
Info : Only using the recommended serving size given, but depending on the quantity that you take.
- Cheese Mozella : 1 slide - 79.4kcal
- Cheese Parmesan : 1 tablespoon - 19.5kcal
- Milk low fat : 1 glass/240ml - 108kcal
- Daging cincang : 100g - 186kcal
- Buttercup : 72.3kcal
- Bawang putih : 4pieces - 18kcal
- Bawang merah : 5tbsp - 36kcal
- Kepingan Lasagna : 250g - 227.78kcal
- Sos Prego : 14oz - 260.37kcal