kau selalu ada Ya Allah
Monday, March 14, 2011 | 12:32 PM | 2 comments
Hello readers,
Beberapa hari ni kurang sikit mood sebab2 tertentu and rasa macam nak luahkan perasaan je. Biase la hidup di dunia ni kita mesti berdepan dengan banyak kesukaran. Ada saat-saatnya aku rasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah dan semua yang telah aku lakukan semuanya salah.
Masalah yang datang terlalu banyak dan agak tertekan tapi aku percaya, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya aku sedar bahawa aku hanyalah hamba, perlu lebih mendamba agar haus tikar sembahyangku kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar: 53)
Jadi aku tak akan berhenti berharap untuk menagih harapan dari-MU. So, jangan hukum diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Kita kena ingat masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat diri kita dengan Allah. Setiap kali datangnya saat-saat yang kita tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencinta kita sedang menguji.
"Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan"
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, DIARY, RENUNGAN