Astaghfirullahalazim PART I
Hello readers,
Kali ini aku nak share pasal maksud Istighfar sebab baru kini aku mendalaminya. Yup perubahan berlaku dalam diri ini, terima kasih padamu Ya Allah kerna memberiku ujian ini yang makin mendekatkan diriku kepada-mu, Alhamdulillah :) Maksud ini pun ada perolehi daripada bahan bacaan aku selami beberapa minggu ni.
Okay, kalau kita lihat Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.
Sejumlah ayat tentang Istighfar banyak dikutip al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, misalnya:
“Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya (QS. 3:135).
“Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (QS. 110:3)
“…dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar.” (QS. 3:17).
“Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih.” (HR. al-Hakim).
“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).
“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi).
Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”
Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga selama ini kita sebut istighfar mencapai makna-maknanya.
p/s: sekadar untuk perkongsian kita bersama :)Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, RENUNGAN
Munasabah Cintamu.
Tangisan Kerana Cinta
Berapa ramai antara kita bersedih dan menangis ketika kita makin jauh dari ibu dan ayah, menangis ketika anak-anak makin jauh dari kita, menangis ketika meninggalkan keluarga kita, menangis ketika kehilangan sesuatu barang yang dicintai, menangis ketika wang ringgit kita makin berkurang, ketika harta dan perniagaan makin merugi, bahkan banyak lagi kepentingan dalam kehidupan kita yang kita menangis tatkala ia makin menjauh.
"Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan." - [QS Al-Fajr, 89:20]
Namun, pernah tidak kita menangis kerana kehilangan cinta Allah, menangis ketika mengingati Allah, menangis ketika membaca ayat-Nya, menangis ketika makin menjauh dari Allah, menangis ketika bermaksiat dihadapan Allah, menangis ketika tidak mampu berkorban untuk Allah dan menangis kerana merindui Allah?
Tidakkah kita merasa hina kerana lebih sanggup menangisi sesuatu keadaan atau perkara, namun bila mengenai Allah kita tidak mampu menangis? Adakah cinta kita kepada yang selain dari Allah melebihi dari tahap cinta yang digariskan Allah?
Cukuplah mencintai sesuatu yang lain melebihi cinta kita kepada Allah, Rasul dan Jihad.
Sedarlah cinta kita milik siapa yang paling utama. Bukan kepentingan kita, keluarga kita, kerjaya kita, kenderaan kita, rumah kita, masa rehat kita, tenaga kita dan harta kita, lebih kita pentingkan sehingga mengorbankan kepentingan cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad.
Kita wajib berkorban demi kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad, bukan mengorbankan kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad untuk kepentingan yang lainnya. Berkorbanlah demi cinta-Nya. Tangisan cinta yang paling utama milik Allah, usahakan tangisan kerana Allah lebih kita utamakan berbanding tangisan kerana ciptaan-Nya.
Kebahagian dan Ketenangan Cinta
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." - [QS Ar-Ra'd, 13:28]
Inilah kebahagian dan ketenangan yang sepatutnya, jangan sampai hati kita lebih tenang ketika mengingat selain dari Allah.
Ramai antara kita lebih bahagia dan tenang ketika mengingati keluarga, harta kekayaan, kerjaya, pujian dan sanjungan manusia.
Takutlah hati itu sudah dikotori, sudah dinodai dengan kebahagian lain yang tidak hakiki, yang pada pandangan manusia dan dunia pasti membahagiakan, namun pandangan Allah itu lebih utama.
Kebahagian dan ketenangan sebenar hanya akan hadir bila kita mendekati Allah.
Kepekaan hati kita mungkin sudah makin cair ditelan arus keduniaan. Kekadang dosa yang dilakukan dianggap hanya seperti lalat yang singgah dan mampu hilang hanya dengan dikuis begitu sahaja, sedangkan kita seharusnya menganggap dosa dan maksiat itu laksana gunung yang bakal menghempap kita ketika melakukannya, laksana gunung berapi yang bakal membakar kita.
Inilah kepekaan hati yang perlu kita asah bersama, hatta dosa kecil itu lebih kita takuti.
Jangan turuti hawa nafsu yang mengundang kepada dosa dan maksiat, yang mengundang kepada futurnya cinta utama dan yang akhirnya menumpulkan hati kita.
Setelah bersama menghayati rindu dan tangisan kerana kecintaan. Mari tepuk dada, tanya iman. Siapa sebenarnya cinta paling utama?
Apa yang paling kita rindu bila kehilangannya?
Ke mana tangisan kita sering dicucurkan?
Inilah indikasi cinta kita milik siapa.
Ayuh ikhwah dan akhwat sekalian, tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.
Tanamlah azam dan kesungguhan kearah yang lebih baik dan sentiasalah tingkatkan ia.
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan usahakan esok hari agar lebih baik dari hari ini.
Mari muhasabah cinta kita bersama, letakkan kepentingan cinta yang lebih utama, nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita perlu dicintai, tapi yang perlu dicintai adalah cinta kita kepada Pemberi Nikmat yang lebih utama.
Muhasabah Cintamu.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, RENUNGAN
Renungan.
Alhamdulillah dah masuk bulan February Allah s.w.t masih memberi aku peluang untuk terus bernafas. Entry kali ini cuma ingin memberi renungan buat kita bersama.
Jika Allah memberimu Agama dan Petunjuk, maka ketahuilah sesungguhnya Allah mencintaimu.
Jika Allah memberimu kesusahan, kesukaran dan ujian, maka ketahuliah maka Allah mencintaimu dan ia ingin mendengarkan merdunya suaramu dalam doa.
Jika Allah memberimu sedikit, maka ketahuilah Allah mencintaimu sesungguhnya ia memberimu yang lebih banyak di akhirat.
Jika Allah memberimu keridhoan ketahuilah Allah mencintaimu ia memberimu keindahan nikmatNya.
Jika Allah memberimu kesabaran, ketahuilah Allah mencintaimu dengan memasukannya kedalam golongan orang-orang yang menang.
Jika Allah memberimu keikhlasan, ketahuilah Allah mencintaimu maka jadilah ikhlas untuk Allah.
JIka Allah memberimu ilham, maka ketahuilah Allah mencintaimu, ia menanti pujian dan syukurmu.
JIka Allah memberi rasa sedih, maka ketahuilah Allah mencintaimu, maka ia telah menguji imanmu.
Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintaimu, Allah tidak merelakanmu dalam kefakiran.
Jika Allah memberi kefakiran, maka ketahuilah Allah mencintaimu, maka ia memberimu kecerdasan lebih mahal dari harta.
JIka Allah memberimu lidah dan hati maka Allah mencintaimu, maka gunakanlah keduanya dalam kebaikan dan keikhlasan.
Jika Allah memberimu kesempatan untuk sholat, puasa, dan qur'an dan qiyamullail, maka ketahuilah Allah mencintaimu dan janganlah kamu menyia-nyiakan tapi beramal lah dengan -Nya.
Maka ketahuilah Allah mencintaimu dan kecintaan itu atasmu dengan menyadari dari mana asalnya.
Allah saja mencintaimu, kenapa kamu tidak mencintai-Nya???
Allah memberi begitu banyak maka tidak engkau relakan cintamu kepada-Nya.
****************************************************************************************
Moga redha Allah sentiasa bersama kita mengiringi hari-hari yang mendatang. AMIN YA RAB.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, RENUNGAN
frust dalam bercinta
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya bercinta ni kadang-kadang. Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai :
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang :
"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali. Tetapi ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah kamu fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Allah berfirman dalam surah Al Baqarah :
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan. Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya! Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah. Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata,
"mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya."
Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir... Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!" Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, DIARY, RENUNGAN
kau selalu ada Ya Allah
Hello readers,
Beberapa hari ni kurang sikit mood sebab2 tertentu and rasa macam nak luahkan perasaan je. Biase la hidup di dunia ni kita mesti berdepan dengan banyak kesukaran. Ada saat-saatnya aku rasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah dan semua yang telah aku lakukan semuanya salah.
Masalah yang datang terlalu banyak dan agak tertekan tapi aku percaya, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya aku sedar bahawa aku hanyalah hamba, perlu lebih mendamba agar haus tikar sembahyangku kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar: 53)
Jadi aku tak akan berhenti berharap untuk menagih harapan dari-MU. So, jangan hukum diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang sia-sia. Kita kena ingat masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat diri kita dengan Allah. Setiap kali datangnya saat-saat yang kita tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencinta kita sedang menguji.
"Ya Allah,rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan"
Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu. Sesungguhnya hanya kau yang mampu mengubati luka dihati ini Ya Allah, hanya padamu Ya Allah ku berserah. Kau mengetahui akan apa yang tidak aku ketahui.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, DIARY, RENUNGAN
Maulidur Rasul tahun 1432H / 2011M
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada hari ke-12 bulan RabiulAwal iaitu pada hari Isnin 12 RabiulAwal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.
Oleh itu, sambutan memperingati Maulidur Rasul bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya untuk memperingatinya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.
Ini lebih baik daripada menyambut hari kekasih yang tidak memberi apa-apa manfaat pun malah tidak dituntut dalam ajaran Islam, kalau nak dibandingkan dengan berselawat kepada kekasih kita (Rasulullah) yang satu, yang dapat memberi kita syafaat di akhirat kelak, sebagaimana janji Rasulullah yang pernah bersabda :
"Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku. Barangsiapa yang membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi."
Jelas lagi terang dan nyata kita tahu akan kelebihan berselawat kepada baginda, begitu sayangnya baginda kepada kita, begitu kasih dan cinta nya baginda kepada kita tetapi sebesar manakah cinta kita kepada Rasulullah? Adakah kita begitu kasih dan cintanya kepada baginda seperti kita mengasihi pasangan kita? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku." (Riwayat al-Baihaqi).
Maka marilah kita bersama-sama mengimarahkan lagi suasana Maulidur Rasul ini dengan memperbanyakkan berselawat kepada baginda, bukan hanya pada hari tersebut sahaja tetapi setiap masa kerana Rasulullah pernah bersabda :
"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali." (Riwayat Muslim).
Dan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku." (Riwayat al-Baihaqi).
Allah s.w.t juga telah berfirman :
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah s.a.w ada beberapa perkara boleh dijadikan pegangan kita:
Beradap dengan Rasulullah s.a.w
Firman Allah Taala bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud:
"Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu." (Surah an-Nur: ayat 63).
Mentaati Rasulullah s.a.w
Firman Allah Taala bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu." (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya." (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir." (Surah ali-Imran: ayat 32).
Mengasihi Rasulullah s.a.w
Firman Allah Taala bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w
Firman Allah Taala bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
Oleh itu, bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah s.a.w sepenuh jiwa adalah dengan mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.
Selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda s.a.w pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, DIARY, MAULIDUR RASUL 1432H/2011M, RENUNGAN
Hari Kekasih Umpan Musuh Jerat Kekasih
Saturday, February 12, 2011 | 3:29 PM |
0 comments
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka" (Al-Baqarah : 120)
Berdasarkan firman Allah s.w.t ini membuktikan musuh-musuh Islam sentiasa berusaha menyesatkan umat Islam hingga mereka menyimpang dari jalan kebenaran.
Pelbagai unsur yang merosakkan disogokkan khususnya hiburan dan sukan bagi melalaikan golongan remaja. Racun-racun hedonisme ditanam dan dibajai mereka terbelenggu dan menjadi hamba padanya.
Tanggal 14 February yang dianggap Hari Kekasih dicanang sebegitu rupa hinggakan menjadi kemestian untuk disambut dan diraikan. Yang menyedihkan media-media elektronik dan cetak turut sama mempromosikannya. Sama ada sedar atau tidak mereka telah menjerumuskan anak-anak muda ke jurang kebinasaan dan kedurjanaan.
Adakah kita tidak mempunyai tindakan penyelesaian?
Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.
Para remaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.
Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.
Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta.
Mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?
Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian.
Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?
Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut :
"Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."
Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.
Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.
Peranan Pihak Terlibat
Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.
Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.
Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, RENUNGAN, VALENTINE DAY
Delete 14 Februari Dalam Minda Kita!
Sebagaimana yang kita tahu Valentine Day nak dekat so eqa nak tanya apa istimewanya tanggal 14 Februari? Best sangat ke?Seriously eqa tak pernah celebrate and tak akan celebrate biapun eqa ada epu sekarang ni. Jadinya bila menjelang bulan Februari, mesti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa. Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.
Dan ianya disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai yang tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut, terumata sekali yang couple-couple ni lah kan. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Jika kita diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Menyimpang
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.
Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.
Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.
Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan :
- sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.
Manakala dalam penceritaan lain :
- hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.
Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.
Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.
Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat.
Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, RENUNGAN, VALENTINE DAY
Ujub Zaman Moden
Hello readers,
Okay, kita selalu dengar tentang ujub. Kowg tahu atau tidak ujub itu apa?
Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.
Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam
dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya
hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa
lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain,
berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan
yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit
dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
Sebagai contoh kita boleh lihat seperti :
1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger"(kepada Eqa juga,haha).
Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog
mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah
untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa?
Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat
JUMLAH "followers" yang banyak? Sorry to say if ada yang terasa la kan, cuma nak beri
peringatan sahaja. Tidak salah untuk kita saling ingat-mengingati sesama Muslim ni kan?
2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like",
mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman
Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah
untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai
merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.
3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang
memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit
perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila
cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak
sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka,
perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.
5. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk
berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub
diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,
malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut,
mungkin perasaan ujub akan muncul. Beware!
6. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya
wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-
tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga
dengan apa yang kita lakukan. Awas! Banyak-banyakkanlah istighfar
supaya perasaan sebegini dapat dijauhkan. AMIN!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah
bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita
tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku.
Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA, MOTIVASI, RENUNGAN, SHARING SEASON
Kisah Itik dan Kura-Kura
Wednesday, January 19, 2011 | 7:55 PM |
2 comments
Hello readers,
Dengan kesibukan yang melanda dapat juga Eqa post entry hari ni.
So hari ni nak tulis sikit tentang kehidupan kita sekarang ni tapi dalam bentuk cerita la okay.
Rasanya citer ni mesti korg dah pernah dengar nye la. Anyway it's just for sharing season to my followers :)
Al-kisah, terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang.
Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman.
Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair.
Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut.
Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka.
Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura.
Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi.
Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu.
Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain.
Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu.
Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Ha!begitulah berakhirnya kisah itik dan kura-kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak
dengan hanya sedikit pujian. Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah
tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak.
Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.
p/s : Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, CHERITA, MOTIVASI, RENUNGAN
Older Post