Ujub Zaman Moden
Saturday, January 22, 2011 | 1:12 AM | 8 comments
Hello readers,
Okay, kita selalu dengar tentang ujub. Kowg tahu atau tidak ujub itu apa?
Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.
Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam
dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya
hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa
lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain,
berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan
yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit
dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
Sebagai contoh kita boleh lihat seperti :
1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger"(kepada Eqa juga,haha).
Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog
mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah
untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa?
Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat

JUMLAH "followers" yang banyak? Sorry to say if ada yang terasa la kan, cuma nak beri
peringatan sahaja. Tidak salah untuk kita saling ingat-mengingati sesama Muslim ni kan?
2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like",
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like",
mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman
Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah
untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai
merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.
3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang
memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit
perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila
cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak
sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka,
perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.
5. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk
berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub
diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,
malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut,
mungkin perasaan ujub akan muncul. Beware!
6. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya
wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-
tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga
dengan apa yang kita lakukan. Awas! Banyak-banyakkanlah istighfar
supaya perasaan sebegini dapat dijauhkan. AMIN!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah
bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita
tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku.
Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA, MOTIVASI, RENUNGAN, SHARING SEASON
Kisah Itik dan Kura-Kura
Wednesday, January 19, 2011 | 7:55 PM | 2 comments
Hello readers,
Dengan kesibukan yang melanda dapat juga Eqa post entry hari ni.
So hari ni nak tulis sikit tentang kehidupan kita sekarang ni tapi dalam bentuk cerita la okay.
Rasanya citer ni mesti korg dah pernah dengar nye la. Anyway it's just for sharing season to my followers :)
Al-kisah, terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang.
Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman.
Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.
Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair.
Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut.
Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura.
Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi.
Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu.
Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain.
Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.
"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu.
Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Ha!begitulah berakhirnya kisah itik dan kura-kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak
dengan hanya sedikit pujian. Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah
tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak.
Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

p/s : Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, CHERITA, MOTIVASI, RENUNGAN