Jenaka : Alahai Menantu
Wednesday, September 29, 2010 | 8:31 PM | 0 comments
Ada sebuah keluarga ni, satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu.
Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya.
Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”
p/s: sorry if not funny. Just for fun :)
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY, HIDUPSAYA
Jenaka : Zorro, Robin Hood dan Orang Asli
Sunday, August 8, 2010 | 8:21 PM | 0 comments
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY
Jenaka : Pak Pandir Orang Kaya Baru ?
Friday, July 30, 2010 | 9:08 PM | 0 comments
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."
Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"
"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.
"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY
Jenaka : Tip untuk Cover Malu
Sunday, July 4, 2010 | 2:51 PM | 2 comments
Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu.a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi, terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berhenti ketawakan korang.
b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali, teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.
d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang, teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.
e. Tersilap masuk tandas wanita, buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagi.
p/s : harap berkesan, selamat beramal.hehe :P
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY
Jenaka : Berita Baik dan Buruk
Wednesday, June 2, 2010 | 1:58 PM | 1 comments
Seorang lelaki tua telah pergi ke klinik untuk membuat ujian kesihatan. Setelah doktor peribadi beliau membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, doktor tersebut mula berbincang dengan lelaki tua tersebut.
Doktor: Pakcik saya ada berita yang kurang menyenangkan dan berita gembira untuk disampaikan.
Pesakit: Baiklah....beritahu saya berita yang tak baik dulu.
Doktor: Pakcik telah menghadapi penyakit kanser yang kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun untuk hidup.
Pesakit: Apa!!!!!....saya cuma ada masa 2 tahun untuk hidup!!!!!!! Ok...apa pulak berita gembira nya....
Doktor: Pakcik juga ada penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi.

Jenaka : Flower Horn
Wednesday, May 19, 2010 | 11:15 AM | 4 comments
Alkisahnya, suatu ketika dahulu. Ada satu keluarga cina ni. Si Abang ni baru je beli ikan Flower Horn yg bernilai RM 2,000.00 seekor dan di simpan dalam akuarium di ruang tamunya.Pada suatu petang, Si Abang ni nak kluar, biasala orang bujang (happy hour). Maka, beliau berpesan la kat adiknya...
Abang : adik, aku nak kluar ni. Tolong bagi ikan tu makan lebih kurang dlm kul 10 mlm ni.
Adik : no problem, bleh saja. asalkan lu tapaukan gua nasi goreng khinzir masak blackpepper, sudahlah.
Abang : yelah... ok gua blah...
Tgh malam tu pun si Abang balik, berkerut kening dia bila dia nampak longkang depan rumahnya penuh dgn air.
Abang : (dalam hati: nak kata hujan, jalan pun tak basah)
Bergegas beliau berlari ke arah akuariumnyer...
Abang : Adik! mana gua punya ikan dalam ni!!! (sambil tunjuk akuarium yg dah separuh kering)
Adik : Ayya, gua kesian sama itu ikan wooo, beliau sakit,kepAla sudah bengkak, jd gua bg lepas laaaa.
Lalu, abangnya berlari mendptkan adiknya dengan gaya seperti hendak menyepak bola ala shaolin soccer.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY
Jenaka : Langgar Pokok
Friday, May 14, 2010 | 2:30 PM | 2 comments
Pada suatu pagi, Cik Tina nak hantar anaknya Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Masa nak undurkan kereta, Cik Tina berpesan kepada anaknya :Cik Tina : Farid, tolong tengok2kan belakang kereta. Kalau laggar pokok bagi tahu ibu.
Farid : Baik, ibu!
Cik Tina : Kena tak? Kena tak?
Farid : Belum, belum. Undur lagi ibu.
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat, BANG!
Farid : Ok ibu, dah kena da pokok !
Cik Tina : Alamak! cam mana boleh terlanggar pokok? Habislah kereta aku!
Farid : Dah ibu cakap kalau da kena pokok bagi tahu, da kena pokoklah tu !
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY
Jenaka : Masa depan
Tuesday, May 11, 2010 | 9:47 PM | 0 comments
Ali dan Amat sedang berbicara tentang masa depan masing-masing, sebaik saja balik dari solat Isyak di masjid . . .Ali : Mat, lepas SPM ni, pe plan ko?
Amat : Aku lum taw lagi la Ali. Aku nampak masa depan aku gelap je.
Ali : Nape ko cakap cam tu?Aku rasa result ko lagi bagus dari aku.
Amat : Memang la akunya lagi bagus dari ko tapi . . . .
Ali : Dah tu nape cakp masa depan ko gelap?
Amat : Sebab.....sebab.....sebabkan dah malam dah ni.memang la gelap.kalau siang esok cerah la.
Ali : Binawe punya kawan !!! :)
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY, HIDUPSAYA
Jenaka : Nenek dan kacang
| 10:56 AM | 8 comments
Sewaktu melawat rumah orang2 tua, Ah Seng duk kat sebelah seorang nenek. Sambil berbual, Ah Seng makan kacang yang ada dalam balang atas meja disebelahnya. Setelah agak lama berbual, Ah Seng sambil menguyah kacang tersebut bertanya kpd nenek tersebut.Ah Seng : Nenek tak nak makan kacang ni?sedap taw nek.
Nenek : Ooo..nenek tak bole makan cu.nenek makan coklatnya je,kemudian kacangnya nenek letak dalam balang tu.biasela , gigi tak de. :)
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, FUNNY, HIDUPSAYA