Resepi : Chocolate Coffee Cheesecake
Sunday, July 4, 2010 | 8:48 PM | 2 comments
Seminggu bercuti ni eqa ada cuba buat kek keju untuk kali ke-2 selepas tamat SPM dulu.hehe!agak lama juga la tak buat kek keju ni. Masa mula-mula dulu buat kek keju blueberries, agak menjadi juga la walaupun tak sesedap macam dekat secret recipe tu. Jadi kali ni eqa cuba buat Chocolate Coffee Cheesecake.yamy~ Bahan-bahan :
Dasar kek - kek span coklat berukuran 23cm
Cara adunan kek span :
(A) 4 biji kuning telur dan 20 g gula
(B) 4 biji putih telur
(C) 100 g gula
(D) 100 g tepung gandum
(E) 50 g mentega cair
(F) 1 1/2 sudu tepung koko
- Pukul (A) sehingga ringan dan gebu.
- Pukul (B) sehingga lembut dan kembang. Tambah (C) dan terus memukul sehingga pekat.
- Gaulkan adunan putih telur dengan (A) sehingga sebati. Tambah (D) yang telah diayak dan gaul sehingga pekat.
- Tambah (E) dan (F) kemudian kacau sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 23 cm beralaskan kertas yang telah disapu minyak.
- Bakar pada suhu 180'c selama 25-30 minit. Keluarkan kek serta merta setelah siap dibakar.
Bahan untuk inti keju :
(A) :
250 g keju krim (xigt brand pe tp bkn Philadelphia)
35 g gula
(B) :
30 g tepung gandum
(C) :
2 biji telur kuning
(D) :
1 sudu besar serbuk kopi segera
1 sudu besar air
100 g krim whipping (guna brand Arla)
(E) :
2 putih telur
50 g gula
Cara-cara :
- Putar (A) sehingga ringan. Tambah (B) dan adun sehingga sebati.
- Tambah (C) satu demi satu dan putar sehingga gebu dan ringan.
- Dalam ramuan (D), kacau serbuk kopi segera di dalam air sehingga cair. Tambah krim whipping dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ia ke dalam adunan keju dari langkah (2). Adun sehingga sebati.
- Dalam ramuan (E), pukul putih telur sehingga berbuih. Tambah gula dan pukul sehingga pekat. Masukkan ia ke dalam adunan keju dari langkah (3). Adun sehingga sebati.
- Gris dan alaskan kertas pada dasar acuan pembakar bulat berukuran 23cm. Letakkan kek span coklat ke dalam acuan pembakar. Kemudian tuangkan inti keju ke atas kek.
- Bakar pada suhu 160'c di dalam dulang pembakar yang berisi air selama 1jam atau sehingga keras.
- Keluarkan kek dari ketuhar. Kemudian keluarkan kek dari acuan dan biarkan ia sejuk. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Letak krim putar sebagai hiasan.
Cara buat krim putar :
500 g lemak sapu Farm Cows
400 g gula aising
- Putar lemak sapu FarmCows selama 2minit sehingga lembut.
- Masukkan gula aising, putar lagi selama 5 minit sehingga gebu.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA, HOBBIES, RECEPIES