Resepi : Daging Kurma Bermadu
Saturday, August 14, 2010 | 7:51 PM | 0 comments
Ok, juadah tuk buka puasa hari ni eqa yang masak sebabnye my mum tak berapa nak sihat la..hurmm.. Actually, nak masak ayam tapi pagi tadi lupa nak beli pulak daa.. So, terpaksa la tukar guna daging.huhu!
Jadi, biar eqa pula yang masakkan untuk dia lah. Hasilnya!yeahh..my mum suka and finally my dad yang tersangat la cerewet pasal makanan terutama sekali kalau eqa yang masak, akhirnya tidak berkata-kata (kira sedap la tu)haha! Tengok, your daughter ni dah pandai masak taw.hehe :P
Bahan-bahan :
- 1/2 kg daging (dihiris nipis)
- 10 biji cili api ( di pecahkan 2-3 biji sahaja, yang lebihnya dibiarkan sebiji2)
- 1 biji buah tomato (dipotong)
- 1 biji limau kasturi ( ambil jusnya)
- 2 inci halia
- Garam secukup rasa
- 1 labu bawang besar ( di potong)
- 3 ulas bawang putih ( dititik)
- daun ketumbar (dipotong2)
Bahan untuk diperap :
- 4 sudu makan madu
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 3 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu besar serbuk kurma
Cara menyediakan :
- Perap terlebih dahulu daging dengan bahan-bahan perapan tersebut. Biarkan selama beberapa jam.
- Kemudian, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan cilipadi dan perahan jus limau dan sedikit air.
- Sesuaikan rasanya kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
- Akhir sekali masukkan buah tomato dan daun ketumbar hiris, masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar dan angkat.
Labels: BLOG MENDAP.A.K.A.EQA, HIDUPSAYA, HOBBIES, RECEPIES